Tuesday, April 5, 2011

Kempen....hik3


Hari minggu yang lepas aku dok kat umah sesaja...mula la terpikirkan idea yang merepek2 dan suka2 la berposing sambil pegang kertas...tukang mengambil gambar, siapa lagi klu bukan my hubby....bila dh xtau pa nk buat kami mmg suka buat kerja2 merepek gini.... hik3

Kata2 tue tercetus sbb aku kije pon mmg terdedah dengan perkara begini...so apa salah aku cetuskan skit mana tau boleh beri kesan dan peringatan pada kawan2 aku yang merokok....."Kempen Sokong Kawasan Bebas Asap Rokok" hihihi.....
Gambar diatas ni aku tuju khas buat suami tercinta sbb dia berjaya berhenti merokok...demi aku...hihihi.... Apapon terima kasih padanya kerana membuktikan kasih sayangnya padaku....Syukur alhamdulillah....:D

Kepada kawan2 semua...jika sayangkan isteri, anak dan keluarga anda...Berhenti Merokok...!!!

SMK Sg Ara


 Support Smoke-free Environment
As Salam, sje nk update minggu lepas punya aktiviti di SMK Sg. Ara....Jumaat lepas, aku & rakan2 pergi ke SMK Sg. Ara untuk ceramah tentang ROKOK....Selain daripada itu, aku juga promosi GLOC (Green Lung Octopoid) untuk semua pelajar2 sek join group ini "Support Smoke-Free Environment"....Mmg meriah sangat cuma pelajar2 sek ini ade sedikit malu2 la bila nk buat aktiviti....tapi semua aktiviti berjalan lancar dengan bantuan guru2 yang memberi kerjasama semasa program ini berjalan....Alhamdulillah....

Diharap tahun akan datang pelajar2 SMK Sg. Ara bertindak lebih aktif lagi bagi memudahkan kami menjalankan aktiviti untuk mereka....Dah dua kali pergi ke SMK Sg. Ara tapi hanya beri ceramah...hope tahun depan boleh buat aktiviti "Worl Cafe" pula....hik3

Friday, April 1, 2011

Green Lung back to school


SMK Gurun, Kedah....Semalam aku dan rakan2 seperjuangan Miss Azimah & En. Nazri serta 4 org pelajar farmasi dari group Green Lung telah ke SMK Gurun untuk menjalankan "Green Lung Back To School". Aktiviti yang kami jalankan ialah memberi kuiz pada awal sblom bermulanya "World Cafe". Kuiz ini adalah untuk kami mengetahui sejauh mana pengetahuan mereka tentang ROKOK. Selepas itu, bermula aktiviti "World Cafe" iaitu pelajar di bahagikan kepada 4 Station dimana setiap station mempunya info yang berlainan tentang ROKOK. Untuk permulaan "World Cafe" ini kami fasi akan memberikan penerangan tapi selepas rotation ke Cafe yang lain...2 org pelajar dr kump. pertama akan tinggal dan mereka akan memberikan penerangan tentang station yang mereka mula tadi.....Setelah habis ke-4 station....kami akan memberikan soalan kuiz yang mula tadi untuk dijawab semula dan lihat feedback dr "World Cafe" yang kami jalankan.

Untuk SMK Gurun, Aku dpt lihat betapa mereka kurang pengetahuan tentang ROKOK, dan kebanyakkan mereka terdedah dengan rokok oleh faktor keluarga yang merokok dan pengaruh rakan2 di sekolah. Apa yang mereka tahu hisap sahaja. Tapi apa yang terkandung dan jenis2 rokok serta akibat kesan rokok tue mereka kurang pendedahan....Dan Segelintirnya ada juga yang tidak tahu membaca...ini yang membuatkan aku rasa sedih...tapi yang bagusnya tentang mereka...mereka tidak la jahat cuma nakal seorang pelajar sek dan mereka mengaku keburukkan mereka tanpa rasa bersalah. Mereka seolah mengambil rokok itu perkara biasa disebabkan persekitaran mereka yang sangat terdedah dengan rokok. huhuhu....apapon aku sangat gembira semalam bersama mereka...Rasa mcm masa bergerak pantas....sekejap sahaja bersama mereka rasa seronok dan berkongsi masalah mereka di rumah....itulah yang menjadikan mereka seorang perokok yang masih muda.

Dengan aktiviti mcm ni...aku rasa aku dpt sumbangkan sedikit ilmu untuk bantu mereka berhenti atau berikan mereka ilmu tentang apa yang mereka tidak tahu...Alhamdulillah......

Okla...masa untuk pulang dan mamam..petang ini aku akan ke SMK Sg. Ara bersama rakan2 ku untuk ceramah tentang ROKOK...rasa bersemangat untuk bersama dengan mereka yang memerlukan....:D

Thursday, March 31, 2011

BOOKING NOW!!!


Diskaun ini sempena Ulang Tahun ke-1 SyadieHearty Photography (http://syadiehearty.blogspot.com/) dan akan berakhir pada hari ini 31 Mac 2011....Sesiapa yang berminat dengan perkhidmatan kami bolehla booking hari ini  dan akan mendapat diskaun 10%. Untuk keterangan lanjut boleh hubungi kami melalui email syadiehearty@gmail.com. Terima kasih....

Wednesday, March 30, 2011

PhotoFunia.com


Hihihi...ari ni kepala aku de weng2 skit la..sakit kepala yang teramat sangat tapi ku tahan juga...then dengan rasa kebosanan yang amat sangat juga aku main2 jap la ngan Photofunia nie...dh lama xtgk apa effect baru yang ada...hihihi....Apapon mmg menarik bila dpt tengok pic terpangpang kat billboard mcm nie kan...Glamour gituuu...ahaks! (berangan sat utk beberapa saat...:P)

Tuesday, March 22, 2011

Gambar titipan Kak Sue....dr Colorado



As Salam....hihihi sje aku up entry ini untuk tatapan semua...gambar ini di email oleh kak Su...jelesnya dpt pergi tempat org kan...cantek plak tue view dr sana....Bila la dpt g tempat2 mcm nie agaknya...berangan aje le dlu ye Puan Nurul....tapi klu de rezeki mana tau kan merasa la juga jejak kaki disna...kira gambar2 ni bg semangat la kat aku untuk bercita2 kesana...hahhaa...ok la...daaaa 

Wassalam....

Monday, March 21, 2011

Merong Mahawangsa + outing bersama Hanita


Nonton wayang citer Merong Mahawangsa bersama kak ita dan hubbyku....sampai di airport kak ita yang tolong mai amik kami...masa tue ujan turun dengan lebatnya...kak ita ajak g makan...alang2 terus g nonton wayang...xde kije. Apapon mmg best citer Merong Mahawangsa tue....mcm citer omputih effectnya...1st time tgk citer melayu yg xmcm citer melayu....paling hebat effect masa perang nampak real....hihihi congrats untuk KRU studio...menghasilkan filem setanding dengan filem luar...:D

Sesiapa yang belom tgk sila la ke panggung yang berhampiran untuk menyaksikannya...hihihi pasti xrugi...kita kena support filem2 yang hebatt mcm nie...bukan senang...abg Yusri g belajar untuk menghasilkannya sehebat ini...:D

1st Time naik kapal terbang...haha


Alhamdulillah...Selamat sampai ke destinasi tepat pada masanya...hihihi aku ni mmg gayat tempat tinggi tapi 1st time naik kapal terbang xla gayat sangat..berani lak tue tgk ke bawah...hahhaa...kena la selalu naik, baru ilang gayatnya....yang best tue masa kapal terbang ni mula naik aje...jantung aku berdegup kencang...& mulut ni xhenti2 mengucap...punya takut la...lepas dh steady kat atas awan..aku excited amik gambar awan...hihihi

Yang paling best bila kapten kapal tue bgtau kat Penang ujan...aku dh mula cuak nnt masa nk turun macam mana...bila sampai aje kat Penang...ujan baru sje berhenti..Alhamdulillah lega rasa dihati...tapi masa mendarat tue...Wow! gementar gila bila tayar kena kat jalan...dalam otak aku takut gelincir aje sbb masih laju lagi....ihhiihi...imaginasi aku mmg tinggi...apapon selamat sampai dengan jayanya....Alhamdulillah aku bersyukur xterjadi apa2....:D

Hot Balloon, Putrajaya


18.3.2011 ( Jumaat): bawa adik2ku berjalan melihat belon panas di Putrajaya....kami pegi awal pagi...belon pon xbanyak lagi...hehhee excited punya pasal tapi yang best games yang ada kat sni mmg besttt...mcm2 ada. Kami pi jalan2 aje sambil bergambar la skit sebanyak....yang penting Happy...:D

Wednesday, March 16, 2011

SKJ The Best..!!!


SKJ '94....Indon band yang aku suka sejak aku tgk citer SKJ di astro citra semalam...kump yg simple dan aku tertarik dengan jalan ceritanya...msg dlm cerita itu pon mmg sangat positif....klu sesapa blom tgk...sila la tgk..i like it so muchhh...:D

Kepada hubbyku..thanks for the design...Muahks!
 

Copyright © 2009 Si Cupu Diary Designed by Cupu | Contact Me at kechik2816