Monday, March 30, 2009

Don't Find LOVE but let's LOVE Find You...


Semalam aku tgk satu citer ni tajuk dia "Funny Feeling" kat tv2. Citer ni mcm kisah aku dulu2 la. Dulu aku selalu teringin nk cinta yang romantik, mcm dlm filem2 tue...berangan sgt la. Sampi aku pon mengejar cinta....tapi bila aku dapat semuanya xkekal lama. Semuanya xsama mcm apa yang aku bayangkan. Semuanya pahit jerk, klu de manis pon sekejap jerk....huhuhu...sampai ade satu ketika aku sanggup jadi seseorang yang berlainan bukan diri aku sebenarnya. Lama aku ikutkan makin sakit hati aku dan makin luka bertambah2. Selepas kali itu, aku bertekad tidak akan mengejar cinta biarlah cinta itu hadir dengan sendirinya. 

Peliknya, rupa2nya cinta yang aku cari dh lama berada didpn mata cuma aku abaikan. Itulah suamiku yang paling aku cinta. Dah 5 tahun kenal sebagai kawan, tahu2 dialah cintaku pertama dan terakhir yang selama ini aku cari2...kelakarkan. Kami bercinta pon tanpa kami sedar kami dh de sayang dan cinta tue. Tetiba hati ini meronta2 nk dgr suara, rindu, teruja bila bertemu...semuala aku rasa masa dengannya. 

Akhirnya, cinta kami disatukan dengan ikatan perkahwinan. Alhamdulillah....semuanya yang aku cari selama ini ada padanya. Hanya dia lah cintaku, rinduku dan sayangku. Aku bersyukur kerana dijodohkan bersamanya. Semoga kami akan sentiasa sayang, rindu dan cinta selalu....amin.
 

Copyright © 2009 Si Cupu Diary Designed by Cupu | Contact Me at kechik2816