SMK Gurun, Kedah....Semalam aku dan rakan2 seperjuangan Miss Azimah & En. Nazri serta 4 org pelajar farmasi dari group Green Lung telah ke SMK Gurun untuk menjalankan "Green Lung Back To School". Aktiviti yang kami jalankan ialah memberi kuiz pada awal sblom bermulanya "World Cafe". Kuiz ini adalah untuk kami mengetahui sejauh mana pengetahuan mereka tentang ROKOK. Selepas itu, bermula aktiviti "World Cafe" iaitu pelajar di bahagikan kepada 4 Station dimana setiap station mempunya info yang berlainan tentang ROKOK. Untuk permulaan "World Cafe" ini kami fasi akan memberikan penerangan tapi selepas rotation ke Cafe yang lain...2 org pelajar dr kump. pertama akan tinggal dan mereka akan memberikan penerangan tentang station yang mereka mula tadi.....Setelah habis ke-4 station....kami akan memberikan soalan kuiz yang mula tadi untuk dijawab semula dan lihat feedback dr "World Cafe" yang kami jalankan.
Untuk SMK Gurun, Aku dpt lihat betapa mereka kurang pengetahuan tentang ROKOK, dan kebanyakkan mereka terdedah dengan rokok oleh faktor keluarga yang merokok dan pengaruh rakan2 di sekolah. Apa yang mereka tahu hisap sahaja. Tapi apa yang terkandung dan jenis2 rokok serta akibat kesan rokok tue mereka kurang pendedahan....Dan Segelintirnya ada juga yang tidak tahu membaca...ini yang membuatkan aku rasa sedih...tapi yang bagusnya tentang mereka...mereka tidak la jahat cuma nakal seorang pelajar sek dan mereka mengaku keburukkan mereka tanpa rasa bersalah. Mereka seolah mengambil rokok itu perkara biasa disebabkan persekitaran mereka yang sangat terdedah dengan rokok. huhuhu....apapon aku sangat gembira semalam bersama mereka...Rasa mcm masa bergerak pantas....sekejap sahaja bersama mereka rasa seronok dan berkongsi masalah mereka di rumah....itulah yang menjadikan mereka seorang perokok yang masih muda.
Dengan aktiviti mcm ni...aku rasa aku dpt sumbangkan sedikit ilmu untuk bantu mereka berhenti atau berikan mereka ilmu tentang apa yang mereka tidak tahu...Alhamdulillah......
Okla...masa untuk pulang dan mamam..petang ini aku akan ke SMK Sg. Ara bersama rakan2 ku untuk ceramah tentang ROKOK...rasa bersemangat untuk bersama dengan mereka yang memerlukan....:D
iPad如何屏幕旋转(ipad怎么旋转屏幕方向)
11 months ago