Thursday, June 18, 2009

Merokok risiko gadis reput tulang


ISU kesihatan tulang atau osteoporosisdi kalangan wanita turut dibincangkan Perunding Kanan Endokrinologi, Prof Chan Siew Pheng. Masalah tulang rapuh dianggap 'perompak kebebasan' kerana ia menyebabkan lumpuh dan kesukaran bergerak. Dianggarkan 200 juta wanita dan lelaki di seluruh dunia menderita osteoporosis. Di Malaysia, lebih satu juta berisiko mengalami osteporosis iaitu 80 peratus adalah wanita.Wanita berisiko mengalami tulang reput tiga hingga lima kali berbanding lelaki. Amat malang sekali apabila 25 peratus wanita meninggal dunia dalam tempoh lima tahun selepas mengalaminya, manakala selebihnya lumpuh dan terpaksa hidup bergantung kepada tongkat," katanya.Beliau berkata, tabiat merokok yang diamalkan kebanyakan gadis hari ini adalah antara penyebab osteoporosis. Kajian menunjukkan perokok mempunyai isi padu tulang yang sedikit berbanding yang tidak merokok. Wanita merokok juga mempunyai kadar oestrogen lebih rendah dan dijangka mengalami menopaus lebih awal. Oestrogen amat penting untuk kekuatan tulang.Faktor genetik banyak mempengaruhi risiko wanita menghidap osteoporosis. Bagaimanapun, faktor alam sekitar khususnya amalan kesihatan yang buruk seperti menghisap rokok, minuman beralkohol, pemakanan tidak seimbang dan tidak bersenam turut menyebabkan kehilangan isi padu tulang. Mengamalkan gaya hidup sihat dapat mengurangkan risiko osteoporosis," katanya.

Memandang rendah kepentingan vitamin D juga mendedahkan wanita kepada osteoporosis. Wanita mengamalkan diet seperti kurang minum susu dan enggan terdedah kepada sinar matahari, menghalang tubuh daripada mendapat vitamin D secara semula jadi. Krim penghalang sinar matahari dengan kadar sekurang-kurangnya 10 SPF mampu menghalang 90 peratus sinar matahari yang diperlukan tubuh.

Jika anda berkulit gelap, kesannya tidak begitu ketara berbanding gadis berkulit cerah dan kurus. Jangan terlalu taksub mengelakkan matahari dengan menggunakan payung kerana anda masih memerlukannya untuk vitamin D.Kulit yang agak tua iaitu sekitar usia 30-an, tidak boleh menghasilkan vitamin D. Justeru, anda perlu berjalan di bawah sinar matahari sekurang-kurang 15 minit sehari iaitu sekitar jam 10 pagi hingga 4 petang, katanya.

Membina tulang sihat dan kuat pada usia kanak-kanak dan remaja amat penting. Ia boleh dilakukan dengan memastikan pengambilan kalsium dan zat besi mencukupi. Bagaimanapun, minum susu setiap hari tidak menjamin anda memiliki tulang sihat jika tidak disusuli dengan vitamin D, senaman dan gaya hidup sihat.

P/s: Kepada kengkawan semua...klu sayang gf & isteri tue berhentilah merokok ni...bahaya bukan pada diri sendiri tapi juga org yang paling kita sayang...fikirkanlah!!!!
 

Copyright © 2009 Si Cupu Diary Designed by Cupu | Contact Me at kechik2816