Friday, May 16, 2014

Part 6: Bachelor Holiday Pulau Perhentian...



Jom layan video kami snorkeling. Video ni kami dpt lihat penyu. Begitu pantas penyu tu melarikan diri. Tapi Alhamdulillah nampak la juga penyu tu di dasar laut. Dalam tau tempat ni... hehehe Klu xde jaket oren tu xtau la apa jadi.. Berenang pon bukan teror sgt.. :D


Subhanallah, cantik2 ikan2 yg ada di dasar laut ini. Begitu kagum dengan apa yg dpt dilihat. Kehidupan di dasar laut, air yg jernih. Maaflah video ini diambil menggunakan iphone aje. Klu guna kamera yg lebih baik qualitinya pastinya lebih indah seperti melihatnya dengan mata sendiri.. So kena la g snorkeling lagi... hehehe

Oklah nk balik dah. Nk update byk lagi cuma nk upload yg malas. Kekeee... 

Jumpa lagi!!!!

xoxo

Thursday, May 15, 2014

Part 5: Bachelor Holiday Pulau Perhentian...



Hari pertama snokeling di Pulau Perhentian...

Selamat ptg semua... haaa ni nk update pasai snorkeling. Sangat la seronok rupanya snorkeling ni. Pertama kalinya la aku dpt merasai snokeling di pulau yg indah dan cantik ini. Syukur sangat sbb semuanya berjalan dengan baik. Dengan adanya teman2 yg membantu dan menyokong utk mengatasi ketakutanku. Hubby pon pertama kali juga snorkeling tpi dia nampak relax aje. Hahahaa


Ha inilah cikgu yg ajar saya snorkeling. Sekali ajar terus pandai. Baguihhh tau cikgu ni. Boleh la klu nk minta dia ajaq na tpi perempuan sahaja, lelaki dia xlayan. Hahhahaa... Oppss! Lupa klu yg single lagi dia suka + cewek ganu yg comey2.. dipersilakan lah ye...:P


Abe..oh abe.. lamenya dok tgk kebawah.. ni yg kami dok snap gambaq ni sedor ke idok ni.. hehehe. Inilah awin, abe yg pemalu tetapi sempoiiii habaq hang. Xkenal dia mmg tak leh nk sembang ngan dia. Klu dah kenai, siap la. Asik kena smash aje.. diam2 ubi berisi ni... Muahhahahaa.... Udah la tu abe, cer bangun sekejap, kita selfie sat ke.. :D


Haaaaa... tu dia abe awin kita.. baru nampak muka dia. Klu x dari tdi dok snorkeling aje. Tak jenguk dah apa jadi kot atas ni. So, peaceee!


Marilah kita melihat keindahan dan kehidupan di dasar laut yg begitu mengkagumkan dan semuanya ciptaan Allah s.w.t yang paling hebat. Sangat cantik karang2 disini, ikan2 yg berwarna-warni, kerang dan sebagainya..


Abe ni dh excited nak ajaq kami pi bagi makan kat ikan2 dlm laut ni. So, ikan-ikanan semua ready ye. Abg kawasan nk jamu roti sedapppp. Nak tgk videonya kena tungguuuu....

Bersambung lagi.... Kekekekee ^_^

Part 4: Bachelor Holiday Pulau Perhentian...


Hari pertama ke Pulau Perhentian...


Ready dah abe kito sorang ni nk p snorkeling di Perhentian... Ari ni pertama kalinya bagiku nk snorkeling, rasa excited xterkata la tpi takut pon ada juga.. Hihihi...


Sebelum ke pulau perlu la isi perut dlu. Kat sana nnt terus gedebussshhh terjun laut je. Kekekkee... inilah kedai pilihan kami utk sarapan pagi. Fadhli nk cari nasi dagang, ingatkan ada kat sini sbb ramai org kat kedai ni, tup2 nasi putih tpi lauknya ikan tongkol yg makan dgn nasi dagang tu.. boleh la kan...:D


Aikkk! Apasal muka aku masam sangat tu? Lapaq sangat kot. Abe sebelah dok renyeh xingat dh. Yang abe belakang sekali control hensem.. Hahhahahaa


Taraaaa! inilah dia yg dikatakan tadi. Nasi + ikan tongkol + teloq rebuihh + sambal skit. Sedappp cuma gulai ikan tongkol tu manis skit la... mmg selera org sini manis2 belako.. aiyoooo!


Amboiii selera betoii abe azwin kita makan ye. Sampai nk senyum pon ssh.. hehehe senyumm skit la abe baru manis mcm ikan tongkoii tu. :P


Ok, itu video ada sedikit penerangan dari abe kawasan ttg trip kita pagi ni ke Pulau Perhentian... Suara ala2 cover gitu... kekekee...


Dari tadi xde gambaq abe kito sore ni, inilah dia photographer kami yg cool & steady melayan kami yg excited terlebih nk snorkeling. Skang dh sampai kat jeti Kuala Besut & ready utk ke Pulau Perhentian... Yeahhh! Xsabaq dah ni nk terjun laut.. kekekee



Kami dah naik bot ke pulau. Bot ni sangat laju dan melambung2 kami dibuatnya. Tgk la pic awin sampai kena lelap mata, angin kuat. Topi pon boleh melayang klu xde tali sangkut kat leher. Hehhehee... abg kawasan control macho habis... 


Hahahhaa.. selalu dok kata kita ratu selfie tpi hakikatnya dia pon sama juga. Ni selfie paling terbaik la.. Kekekkeee... Oppsss! Jangan marah na..:P



Subhanallah, sungguh indah dan cantik ciptaan-Mu. Terpegun dengan pulau yg begitu indah ini. Pertama kali sampai sini, Alhamdulillah cuaca pon sangat baik. Lihatlah awan yg cantik sekali. Percutian yang sangat menggumbirakan... Ok! Gambaq ni sebenarnya lepas kami pi snorkeling. Ni kira transit kami sebelum bot laju mai amik kami pulang ke jeti kuala besut. Kira kami makan tgh hari disini, lepak2, snorkeling lagi disini sehingga pukul 4 ptg. 

Tungguuuu... nnt sy update pic snorkeling & video2 snorkeling kami di 2 pulau yg kami pi. Dapat tgk penyu lagi. Mmg terbaik la abg kawasan dpt captured video penyu tu...

Bersambung.....

Part 3: Bachelor Holiday Pulau Perhentian...



Malam pertama kami di Kuala Besut...

Memang dh dirancang dari awal, sampai saja di Kuala Besut, restoran ini menjadi pilihan kami. Daripada review yang di baca dr blog2 yg kami search ttg kuala besut ini, tempat ni mmg famous. So, klu dh famous mestilah kena cuba kan? Hehehe... So kami mai awai, 7.45 mlm dh de kat kedai ni tpi kedai ni xbuka lagi. Dia buka tepat pukul 8 mlm. Apabila buka ja lampu kedai ni, kami pon turun la dr kereta utk santapan malam kami. Yang peliknya belum pon sampai 10 minit buka kedai ni dh mulai penuh...


Ini antara menu yg ada sekali ngan harganya. Agak murah juga berbanding di Penang la kan. Hehehe yang best mlm ni nk makan bakaq2... Jom kita lihat apa menu yg kami pilih. Hehehe


Haaaaa... abe berduo ni dok pilih apa nk makan... Tapi abe baju kelabu tu dah order sotong goreng tepung 2 pinggan, udang goreng tepung sepinggan dan ikan celup tepung 5 ekor... isk isk sapa nk perabih ni semua makanan... yang abe baju itam tu plak pilih utk menu bakaq2.. ikan siakap bakar + udang + sotong... 



Dok leka gelak2, menu yg goreng2 terlupa nk ambik gambaq. Yang ni jerk yg sempat amik sbb teringat nk masukkan dlm blog comel ni. Hehehe.. selamat la abe kito sorang tu, xde la nampak byk sgt makannya kan. Tetapi realiti penuh semeja kami dengan makanan tpi yg makan 4 org aje. Kekekekkee...


Abe kito ni dah excited nk makan ikan siakap bakaq. Tengokla tu .. Ok jemput makan semua ye.. Hihi


Akhir sekali ini la muka2 org yg kekenyangan makan sotong, udang, & ikan-ikanan. Rasa2 esok nk snorkeling mau tenggelam ni sbb berat sangat nk bawa badan. Hahhahahahaa....

Ok. Selamat malam semua...

Tuesday, May 13, 2014

Part 2: Bachelor Holiday Pulau Perhentian...



Setelah melalui 5jam setengah perjalanan dari Penang ke Kuala Besut, lebih kurang pukul 2.30 ptg kami selamat sampai di Jeti Kuala Besut. Sampai2 aje terus g cari makanan utk isi perut yg sememangnya lapaq. Oppsss! sorry gambaq makan terlupa pula nk ambil sbbkan kelaparan mengatasi segalanya. Hahhaha

Tapi apa yang kami makan disana buat pertama kali sampai sini, makanannya semua manis2. Boleh potong kaki wooo! Yang peliknya sampaikan sup daging/ayam & bihun sup semuanya manis2 belaka. Selera agak lari sikit la.. Kenikmatan utk menikmati makanan yg sedap tu agak kurenggg disini. 


Selepas selesai isi perut, kami pon berjumpa dengan ejen yg kami pilih utk percutian kami disana. Yeahhh! inilah dia ANJUNG HOLIDAY SDN. BHD. Kami hanya amik pakej snorkeling utk 2 hari ke pulau perhentian & pulau rawa. Harga xdelah mahal sangat, 2 pulau tu utk 2 hari hanya RM200 seorang. 



Kat atas ni ada kad nama Anjung Holiday. Boleh la contact klu terasa nk guna perkhidmatan mereka semasa di Kuala Besut. Pekerja mereka pon sangat ramah2 dan banyak membantu. Tnya apa aje semuanya dijawab dengan baik sekali. Yang paling kami suka, sbb dia boleh bertolak-ansur dan apa yg kami minta cuba dipenuhi supaya kami merasakan percutian kami disana berbaloi. Hihihi (puji melambung plak..bukan dibayar ye tpi ikhlas)


Sebelum memulakan sesuatu tu, abg kawasan kami mai ceq la pukul berapa bot punya time. Nnt takut terlepas ke apa ke, rugi aje mai jauh2 na. So, kami kira dibawa melawat kawasan jeti Kuala Besut. Diatas adalah time table bot berlepas & tiba di jeti.


Sempat la dok posing kat jeti tpi yang pelik kenapa ngan abe sorang lagi kat belakang tu. Apa yang dia dok pikiaq tu. Ka abe letih sangat, perjalanan jauhhh la kan. Kekekkee... 


Haaaaa...! Bila dh lalu kat jeti tu. Banyak la kedai2 juai2 dan mula la saya rambang mata. Belom sehari disana dah membeli belah utk esok punya cerita. Kekkekee... so dapat la topi besaq, kain batik lepas & baju t-shirt sorang sehelai. Kekekkee... Biasalah perempuan bukan boleh nampak itu ini, mesti nk beli. So... jangan byk bunyi OK! Hahahaa...


Kita cuba try, dia pon nk juga. Abg koboi mai pulau mana sesuai pakai topi tu. Kekekeke.....

Oklah. Cukup sampai sini dlu. Ini baru cerita hari pertama kami di Kuala Besut. Tu pon belum habis satgi sambung malam pertama kami disana plk. Apa terjadi? Sabaqqqqqq!

C U... bersambung lagi ^___^

Monday, May 12, 2014

Part 1: Bachelor Holiday Pulau Perhentian...



Bermulanya percutian kami ke Pulau Perhentian pada 3 Mei 2014. 

Assalamualaikum w.b.t.....

Rasanya lama sudah menyepi dari mengupdate blogku si cupu ini... Hehehee hari ini nk update percutianku bersama rakan2 di Pulau Perhentian pada awal Mei lalu. Bermula dengan plan mengejut dan hanya gurauan pada awalnya, tetapi menjadi kenyataan bila awal bulan April semua serius utk misi bercuti di Terengganu. Org kuat yg menjalankan misi ini ialah abg kawasan a.k.a Fadhli. Yeahhh! Semua percutian ini dikendalikan olehnya, kami hanya setuju dan ikut plan yg dia dh rancang.

Pada hujung bulan april, kami pon buat 'countdown' utk percutian ini, masing2 dah excited dan xsabar nk bercuti dan release tension. Lama sudah rasanya xbercuti dengan kawan2 & enjoy dengan hubby. Dalam perjalanan ke Kuala Besut, kami singgah di Banjaran Titiwangsa di Grik. Tempat ini kira famous la, sbb setiap kali klu ada kawan2 yg g terengganu pasti akan update gambar berehat disini menikmati keindahan ciptaan Allah s.w.t. Subhanallah mmg cantik sangat. Dulu hanya lihat gambar org tpi kali ini kami plak berada disini. Yeayyy! Sangat happy....Heheeee... 


Inilah 3 jejaka yang membawa saya holiday dan menjaga saya sepanjang percutian ini. Mereka ni bagus2 semuanya. Hehee.. yang 2 masih kosong, so ada sesiapa nk isi borang?? Kekekkee....


Dekat sini banyak rama-rama besar tau, cantik dan jinak. Ini salah satu rama-rama yg besar. Sempatla posing satu gambar. Hehhehee


Comel x kak ton? Caption utk mamat sebelah kiri yang pakai bunga tu ye. Hahhahaha Jangan marahhh na nnt kena juai '2 singgit' Muahhahahaha....


Setelah sakan bergambaq tadi kat banjaran titiwangsa tu, kami teruskan misi utk ke Kuala Besut. Haa nak tau siapa tu yg dok drive tu. Inilah dia abg kawasan yg kami maksudkan tadi diatas. Dialah jejaka bunga yg comel tu. Hahaa Sepanjang perjalanan, abg bunga ni la dok drive. Dia ni hyper skit. So, nak tahu apa terjadi sepanjang percutian kami??? Tunggu cerita selanjutnya ya. Apa akan jadi pada abg kawasan kita yg hyper ini...Jeng jeng jeng... Kekekkee...

bersambung..... xoxo

Friday, April 18, 2014

My Sweet Little Pie


Inilah anak2 bonda yg paling bonda syg selalu. Selalu menceriakan bonda. Ketiga2nya bonda syg. Hope hubungan kita kekal selamanya. Terima kasih atas kurniaan-Mu utk ku menumpang kasih sayang mereka ini. Syukur pada-MU Ya ALLAH s.w.t...

I Miss You


Kenangan bersama my cute little boy masa dia mai penang. Sangat2 rindukan Ayeez masa ni. Video ini lah pengubat rindu padanya. Really2 miss you my CUTE BOY AYEEZ...:D

Tuesday, March 18, 2014

Bersama si kecil & comel kesayanganku...


My Memory


Monday, January 20, 2014

Play tennis time.. Happy wif love



 

Copyright © 2009 Si Cupu Diary Designed by Cupu | Contact Me at kechik2816