Dah lama aku mengidam nk makan Kimchi...so aku nk try mana tau sedap kimchi nie...nampak mcm menarik kan.....sukanya...janji aku dpt rasa yang lebih kurang sama la. Bahan2 dia xla susah sangat...depend pada kita la nk buat mcm ner....ermmm...bila dh try nnt aku citer erk pada semua apa rasanya....:D
SEJARAH Sayuran masin berwarna hijau merupakan bentuk awal kimchi sewaktu cili belum dikenali di Korea. Setelah dicampur dengan garam, sayuran dimasukkan ke dalam bekas tanah liat setelah diberi garam dan diperamm di dalam tanah sebagai persediaan makanan sewaktu sayuran segar tiada ketika musim sejuk. Orang Korea mula mengenali cili ketika pedagang Portugis dari Jepun yang datang ke Korea pada abad ke-16. Pedagang Portugis menyebarkan cili ke seluruh dunia. Kapal-kapal Portugis berlayar melewati Tanjung Harapan di Afrika hingga ke India di tahun 1498. Kemudian, cili yang berasal dari Amerika Selatan dibawa ke Asia melalui pelbagai pelabuhan di Afrika atau terus menyeberangi Lautan Pasifik. Pada tahun 1500-an, pedagang Portugis sudah berdagang di Tanah Melayu dan cili dibawa ke China beberapa tahun kemudian. Pedagang Portugis sampai di Jepun dan Korea pada tahun 1549. Filipina mendapat giliran mengenal cili di tahun 1564 oleh perdagangan kapal Sepanyol yang membawa cili ke kepulauan Melanesia dan kawasan Mikronesia. Resepi sayuran dan labu masin sudah dimuatkan ke dalam buku resepi terbitan tahun 1670, tetapi tidak menggunakan cili. Dalam catatan sejarah abad ke-17 ditulis tentang 11 jenis kimchi, sedangkan cili sebagai bahan kimchi mungkin baru terkenal bertahun-tahun kemudian (menurut perkiraan 200 tahun kemudian) [1]. Sebelum abad ke-19, kimchi hanya dibuat dari sayuran asli Korea kerana sawi putih berkemungkinan besar tidak dikenali di Korea hinggalah abad ke-19[2] Kimchi adalah makanan terkenal di China dan Jepun. Kimchi versi Jepun sudah disesuaikan dengan selera tempatan, kurang pedas dan lebih manis.
BAHAN2 Kimchi dibuat dari bermacam jenis bahan sesuai dengan jenis kimchi dan selera orang yang membuatnya. Kimchi yang paling terkenal di luar Korea adalah Baechu Kimchi yang dibuat dari sawi putih (배추, baechu) dan lobak (무, mu) dicampur bawang putih (마늘, maneul), cili merah (빨간고추, ppalgangochu), daun bawang (파, pa), sotong (오징어 ojingeo), tiram (굴, gul) atau makanan laut lain, halia (생강, saenggang), garam (소금, sogeum), dan gula (설탕, seoltang). Di negara asalnya, terdapat lebih kurang 200 jenis kimchi termasuk kimchi khas daerah dan kimchi sayuran bermusim. Muzium Ladang Kimchi yang terletak di Seoul mencatatkan 187 jenis kimchi, dari kimchi zaman dahulu hingga kimchi zaman sekarang. Kepelbagaian jenis kimchi yang mudah dikenali, misalnya: 깍두기, kkakdugi dengan bahan utama lobak tanpa sawi putih, 오이소배기, kimchi timun yang disebut oisobaegi, dan kkaennip (susunan daun perilla yang direndam dengan kicap, cili merah, bawang putih, daun bawang, dan bahan-bahan penyedap lain). Bakteria Laktobasilus yang berperanan dalam proses pemeraman kimchi menghasilkan asid laktat dengan kadar yang lebih tinggi daripada yogurt.
KESIHATAN Kimchi disebut sebagai salah satu dari lima "makanan tersihat" di dunia menurut majalah Health Magazine. Kimchi kaya dengan vitamin, membantu pencernaan, dan berkemungkinan dapat mencegah barah.[1] Sayuran yang sudah lama diketahui baik untuk kesihatan, apatah lagi ditambah bakteria hidup pada kimchi yang lebih banyak dari yogurt. Penggunaan cili merah dengan banyak dalam kimchi juga sering disebut-sebut baik untuk kesihatan. Menurut pengkaji di Universiti Kebangsaan Seoul, terdapat beberapa bukti yang menunjukkan kimchi mungkin dapat digunakan untuk mengubati burung yang terjangkit selsema burung. Ayam yang dijangkiti selsema burung sebanyak 13 ekor diberi makan pati kimchi dan 11 ekor antaranya mula sembuh seminggu kemudian. Tetapi ketika ini tiada bukti penelitian yang sama boleh digunakan untuk mengubati manusia.[2] Kebaikan kimchi untuk kesihatan manusia terus menjadi kontroversi kerana kimchi kadang-kadang dikaitkan dengan pelbagai kesan buruk pada kesihatan.
* Berterus terang, berminda aktif dan gemar
mencari kepelbagaian dalam setiap aspek
kehidupan.
* Berfikiran terbuka, mempunyai daya imaginasi
dan inovatif, bagi mereka segalanya boleh dicapai.
* Bergaya, tenang dan tidak cerewet serta
mempunyai keinginan semulajadi untuk
mengamalkan sikap diplomasi dan saling
bekerjasama bersungguh-sungguh.
* Sanggup mengorbankan kehendak atau idea
mereka sendiri demi mencapai keharmonian dan
mengelakkan perselisihan atau konflik.
* Sentiasa gigih untuk mendapatkan cinta yang
terunggul, untuk berkonfrantasi.
* Kurang cenderung untuk menyampaikan
perasaan sebenar yang terpendam dalam hati
mereka.
* Dikenali dan diingati kerana sifat romantis dan
manja.
6 comments:
dah jadik nanti, leh bg kat akak gak.. slalu gak tgk kat tesco.. tp tak brani nak beli.. stakat ni, brani makan sayur jeruk tu je..
ya3, betul tu, nak juga...wink3
hehe...banyak juga yang minat nk wat kimchi nie....ok saya cuba dulu erk nnt...:D
SEJARAH
Sayuran masin berwarna hijau merupakan bentuk awal kimchi sewaktu cili belum dikenali di Korea. Setelah dicampur dengan garam, sayuran dimasukkan ke dalam bekas tanah liat setelah diberi garam dan diperamm di dalam tanah sebagai persediaan makanan sewaktu sayuran segar tiada ketika musim sejuk. Orang Korea mula mengenali cili ketika pedagang Portugis dari Jepun yang datang ke Korea pada abad ke-16.
Pedagang Portugis menyebarkan cili ke seluruh dunia. Kapal-kapal Portugis berlayar melewati Tanjung Harapan di Afrika hingga ke India di tahun 1498. Kemudian, cili yang berasal dari Amerika Selatan dibawa ke Asia melalui pelbagai pelabuhan di Afrika atau terus menyeberangi Lautan Pasifik. Pada tahun 1500-an, pedagang Portugis sudah berdagang di Tanah Melayu dan cili dibawa ke China beberapa tahun kemudian. Pedagang Portugis sampai di Jepun dan Korea pada tahun 1549. Filipina mendapat giliran mengenal cili di tahun 1564 oleh perdagangan kapal Sepanyol yang membawa cili ke kepulauan Melanesia dan kawasan Mikronesia.
Resepi sayuran dan labu masin sudah dimuatkan ke dalam buku resepi terbitan tahun 1670, tetapi tidak menggunakan cili. Dalam catatan sejarah abad ke-17 ditulis tentang 11 jenis kimchi, sedangkan cili sebagai bahan kimchi mungkin baru terkenal bertahun-tahun kemudian (menurut perkiraan 200 tahun kemudian) [1]. Sebelum abad ke-19, kimchi hanya dibuat dari sayuran asli Korea kerana sawi putih berkemungkinan besar tidak dikenali di Korea hinggalah abad ke-19[2]
Kimchi adalah makanan terkenal di China dan Jepun. Kimchi versi Jepun sudah disesuaikan dengan selera tempatan, kurang pedas dan lebih manis.
BAHAN2
Kimchi dibuat dari bermacam jenis bahan sesuai dengan jenis kimchi dan selera orang yang membuatnya. Kimchi yang paling terkenal di luar Korea adalah Baechu Kimchi yang dibuat dari sawi putih (배추, baechu) dan lobak (무, mu) dicampur bawang putih (마늘, maneul), cili merah (빨간고추, ppalgangochu), daun bawang (파, pa), sotong (오징어 ojingeo), tiram (굴, gul) atau makanan laut lain, halia (생강, saenggang), garam (소금, sogeum), dan gula (설탕, seoltang).
Di negara asalnya, terdapat lebih kurang 200 jenis kimchi termasuk kimchi khas daerah dan kimchi sayuran bermusim. Muzium Ladang Kimchi yang terletak di Seoul mencatatkan 187 jenis kimchi, dari kimchi zaman dahulu hingga kimchi zaman sekarang. Kepelbagaian jenis kimchi yang mudah dikenali, misalnya: 깍두기, kkakdugi dengan bahan utama lobak tanpa sawi putih, 오이소배기, kimchi timun yang disebut oisobaegi, dan kkaennip (susunan daun perilla yang direndam dengan kicap, cili merah, bawang putih, daun bawang, dan bahan-bahan penyedap lain).
Bakteria Laktobasilus yang berperanan dalam proses pemeraman kimchi menghasilkan asid laktat dengan kadar yang lebih tinggi daripada yogurt.
KESIHATAN
Kimchi disebut sebagai salah satu dari lima "makanan tersihat" di dunia menurut majalah Health Magazine. Kimchi kaya dengan vitamin, membantu pencernaan, dan berkemungkinan dapat mencegah barah.[1] Sayuran yang sudah lama diketahui baik untuk kesihatan, apatah lagi ditambah bakteria hidup pada kimchi yang lebih banyak dari yogurt. Penggunaan cili merah dengan banyak dalam kimchi juga sering disebut-sebut baik untuk kesihatan.
Menurut pengkaji di Universiti Kebangsaan Seoul, terdapat beberapa bukti yang menunjukkan kimchi mungkin dapat digunakan untuk mengubati burung yang terjangkit selsema burung. Ayam yang dijangkiti selsema burung sebanyak 13 ekor diberi makan pati kimchi dan 11 ekor antaranya mula sembuh seminggu kemudian. Tetapi ketika ini tiada bukti penelitian yang sama boleh digunakan untuk mengubati manusia.[2]
Kebaikan kimchi untuk kesihatan manusia terus menjadi kontroversi kerana kimchi kadang-kadang dikaitkan dengan pelbagai kesan buruk pada kesihatan.
Panjang lebar u punya komen sayang...tapi bagus juga...i tau juga sejarah kimchi nie...hehee
just nak bg info skit...kasi u tau..mkn sayur nie bagus tau...nnt dah pandai buat leh la buat slalu...i pon tak sabar nak rasa nie.
Post a Comment