Thursday, July 30, 2009

Takziah buat arwah Kak Nozy


CYBERJAYA: Menyayat hati apabila seorang wanita yang cuba menyelamatkan diri keluar dari kenderaannya yang terbakar ditemui rentung selepas gagal berbuat demikian dalam kemalangan berhampiran persimpangan lampu isyarat di Jalan Persiaran Apec, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 8.25 pagi, mayat mangsa, Nurzihanie Shafie, 27, ditemui rentung di pintu kanan tempat duduk belakang dipercayai cuba menyelamatkan diri.

Malah, lebih memilukan mangsa yang bekerja sebagai pembina laman web di sebuah syarikat yang terletak kira-kira dua kilometer dari tempat kejadian itu dikatakan baru habis pantang.

Ketua Trafik Selangor, Superintendan Che Hussin Omar, berkata siasatan mendapati mangsa yang memandu sebuah kereta Proton Gen.2 dari arah Sri Kembangan ke Cyberjaya terbabas ke kiri jalan dan melanggar pokok kelapa sawit sebelum berpusing beberapa kali dan masuk ke laluan sama.


“Pada masa sama sebuah Proton Wira dipandu seorang wanita berusia 30-an gagal mengelak sebelum merempuh kenderaan mangsa.

Akibat perlanggaran itu, kereta dinaiki mangsa terbakar dan orang ramai yang cuba menghulurkan bantuan kepada mangsa gagal,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Satu jentera Bomba dan Penyelamat turut dikejarkan ke lokasi kejadian untuk memadam kebakaran.

Che Hussin berkata, mayat mangsa ditemui di tempat duduk belakang dan pihaknya tidak menolak kemungkinan mangsa cuba menyelamatkan diri sejurus nahas.

“Polis juga tidak menolak kemungkinan kenderaan itu dipandu laju sebelum terbabas berdasarkan beberapa kesan brek di tempat kejadian.

“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Serdang untuk bedah siasat manakala pemandu Proton Wira dikejarkan ke Subang Jaya Medical Centre (SJMC) kerana trauma akibat kejadian itu,” katanya menambah mangsa tinggal di Seri Kembangan.

Akibat kemalangan itu, kesesakan teruk hampir lima kilometer berikutan kejadian berlaku pada waktu puncak dan orang ramai berpusu-pusu ke tempat kerja.

P/s: Marilah kita sama2 sedekahkan Al-Fatihah kepada arwah Kak Nozy supaya rohnya dicucuri rahmat hendaknya...Sungguh mengayat hati sekali...Kak Nozy yang mempunyai seorang anak yang comel dan baru saje beberapa bulan umurnya...tetapi kehendak illahi yang mahukan dia pergi dulu...Diharap ahli keluarganya juga byk2 bersabar...Kak Nozy ni senior aku di Unikl dan adik kak Nozy ni nama Noni satu sekolah menengah dengan aku...aku pon baru teima berita ni dari Huda...mula2 sebut nama tue mmg aku kata xingat la..tapi bila aku buka FS dia...tgk pic dia ngan ank dia tue...aku baru kenal sapa orgnye....Kepada semua yang mengenali beliau sama2 la kita panjatkan doa kepadanya...Amin.

4 comments:

julie@julianamnoor on 2:19 PM said...

berhati2 di jalan raya

Cupu on 4:38 PM said...

btol2...
Juli pon dh de pengalaman
mesti berhati2 di jalan raya...

JaSmIn on 4:54 PM said...

seram nye...

Montokz said...

btl3

 

Copyright © 2009 Si Cupu Diary Designed by Cupu | Contact Me at kechik2816