Assalamualaikum...
Salam bersua kembali. Lama sudah tidak update blog ini. Hehehe.. hari ni feeling sgt mengantuk so apasalahnya kita bercoret sebentar utk hilangkan ngantuk ini. Disini nk update pasal pic kat atas tu. Sudah dekat hampir 7thn tinggalkan Micet, Inilah kawan2 sebilik sy semasa di Micet, Alor Gajah, Melaka. Mereka ni adik2 sy yg paling comel. Hihihi... Sangat seronok bila dpt berjumpa kembali walaupon sebentar tapi sangat happy bila bersama. Mereka ni semuanya kelakar orgnya. Kami mmg suka ketawa klu bersama. Banyak kenangan dengan mereka di Micet. Sangat rindukan detik2 itu, paling best sekali masa bulan puasa la, tiap2 pagi ssh nk tidoq sampai ke sahur & excited memasak pepagi buta utk bersahur bersama. Dan bila dh dekat raya, ada satu kenangan xleh lupa, masa kami main bunga api dan mercun di asrama pastu kena ligan ngan pakcik jaga sbb buat bising & mmg dilarang main mercun kat asrama. Masa tu mmg kelakar, main kat luar tingkap bilik sy. Yang best tu selama dok kat bilik tu, mmg terjun kot tingkap tu keluar lepas, bila nk naik kut tingkap tu sy ni mmg selalu xlepas2 naik. Yang ajaibnya bila time kena ligan ngan pakcik jaga tu, tetiba dengan jayanya sy boleh naik kut tingkap tu dengan pantas dan menyorok balik langsir tingkap...hehehe lepas pakcik jaga beredar, satu bilik berdekah ketawa & semua kata hebatlah kakchik boleh panjat tingakap dengan cepat. Hahaha masa tu barulah perasan sy rupanya tanpa sedar boleh juga ye panjat tingkap tu tpi bila nk ulang sekali lagi xberjaya2. Sy sangat rindukan detik manis itu.
Selain itu, kenangan suka duka pon ada. Ketika sedih hilang kekasih hati pon adik2 ini la sentiasa disisi. Mereka ni kekuatan sy. Masa tu, lagu semangat putus cinta tu lagu "Kenapa" nyanyian Shazzy feat Lah VE. Mmg dok layan lagu tu sampai boring. Ada satu lagi lagu fav si Fadh tpi xingat dh tajuk apa. Hehehe... Bila berkumandang lagu tu kat radio mmg kami akan memekak la kat bilik menyanyi duet. Itulah yg membuatkan kenangan itu semakin indah walaupon sedang berduka tapi kawan2 ini lah yg memberikan senyuman semanis kurma. Terima kasih semua... Kakchik sangat berterima kasih pada kamu semua sbb menjadi teman terbaik kakchik selama di Micet. Rasanya nnt nk buat gathering kat Micet la. Kita g meninjau disana sambil ambil gambar kenangan kat tempat2 kita bertemu dan berkenalan sehingga ikatan itu kekal sampai sekarang.
Klu nk story banyak giler kenangan disana. Tapi cukup la intro ni dlu. Klu de masa nnt sy update lagi ye. :D
SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA DI BULAN RAMADHAN YG MULIA....