Tuesday, November 19, 2013

Air Terjun Lembah Anai






 Sangat indah dan cantik air terjun ini. Di tepi jalan utk naik ke bukit tinggi. Tempat ni dijadikan tempat persinggahan utk bergambar dan bukan utk mandi manda. Tapi dpt bayangkan klu dpt mandi disini kan best. Air yg jernih dan sejuk. Indah ciptaan-Mu... Kalau masuk sini perlu bayar 2ribu rupiah & klu nk rakam gambar dan terus print dalam 15ribu rupiah. Kalau dtg ke Bukit Tinggi, singgah la disini utk santai 15minit menikmati keindahan semula jadi. :D

UCEC 2013



Inilah poster yg kami present di UCEC 2013 di Padang Indonesia


Pakaian tradisi minang yg diperagakan oleh pelajar2 Universitas Andalas utk menyambut tetamu kenamaan yg hadir. Ini bagi mempamerkan kebudayaan minang disana yg sgt mempersonakan.


My officemate & my Big Boss


Kenangan di UCEC 2013 di Grand Inna Muara Hotel

Throwback Padang : Pakaian Tradisi Minang














Pada 10-14 November 2013, Kami berada di Padang utk hadir UCEC disana dan berkesempatan berjalan2 di bukit tinggi, Padang. Disana kami dapat memakai baju pengantin/tradisi minang yg sangat cantik dan unik. Sangat seronok berada disana. Byk tempat2 menarik yg kami lawati terutama Air Terjun Lembah Anai, Lubang Jepang, Ngarai Sianok, Jam Gadang dll. Tapi xsempat nk ke danau yg dikatakan sangat indah. Insyaa Allah jika diberi kesempatan mau lagi kunjung kesana utk ke tempat2 sejarah yg lain. Ada juga tempat batu angkek-angkek, katanya misteri batu itu boleh diangkat dengan mudah jika niat kita baik, jika sebaliknya batu itu akan jadi berat sangat... mau tahu apa sebenarnya sejarah yg terdapat disana. Walaupon tempat yg kelihatan kecil tapi padat dengan penduduknya dan byk sejarahnya.

Tuesday, July 16, 2013

Kempen RM5


Assalamualaikum...

Hari ni saya nk kempen pasal RM5 sahaja berbelanja di bazaar Ramadhan. Adakah anda semua setuju??? Ini semua utk mengelakkan diri kita dr membazir & secara langsung kita boleh berjimat utk kegunaan lain yg lebih penting. Klu rasa anda semua setuju boleh la mulakan hari ni ye! :D

Selamat berbuka puasa & menjalani ibadah di bulan Ramadhan...

Monday, July 15, 2013

Hari ke-6 puasa 2013


Thursday, July 11, 2013

Mengimbau kenangan di Micet, Melaka


Assalamualaikum...

Salam bersua kembali. Lama sudah tidak update blog ini. Hehehe.. hari ni feeling sgt mengantuk so apasalahnya kita bercoret sebentar utk hilangkan ngantuk ini. Disini nk update pasal pic kat atas tu. Sudah dekat hampir 7thn tinggalkan Micet, Inilah kawan2 sebilik sy semasa di Micet, Alor Gajah, Melaka. Mereka ni adik2 sy yg paling comel. Hihihi... Sangat seronok bila dpt berjumpa kembali walaupon sebentar tapi sangat happy bila bersama. Mereka ni semuanya kelakar orgnya. Kami mmg suka ketawa klu bersama. Banyak kenangan dengan mereka di Micet. Sangat rindukan detik2 itu, paling best sekali masa bulan puasa la, tiap2 pagi ssh nk tidoq sampai ke sahur & excited memasak pepagi buta utk bersahur bersama. Dan bila dh dekat raya, ada satu kenangan xleh lupa, masa kami main bunga api dan mercun di asrama pastu kena ligan ngan pakcik jaga sbb buat bising & mmg dilarang main mercun kat asrama. Masa tu mmg kelakar, main kat luar tingkap bilik sy. Yang best tu selama dok kat bilik tu, mmg terjun kot tingkap tu keluar lepas, bila nk naik kut tingkap tu sy ni mmg selalu xlepas2 naik. Yang ajaibnya bila time kena ligan ngan pakcik jaga tu, tetiba dengan jayanya sy boleh naik kut tingkap tu dengan pantas dan menyorok balik langsir tingkap...hehehe lepas pakcik jaga beredar, satu bilik berdekah ketawa & semua kata hebatlah kakchik boleh panjat tingakap dengan cepat. Hahaha masa tu barulah perasan sy rupanya tanpa sedar boleh juga ye panjat tingkap tu tpi bila nk ulang sekali lagi xberjaya2. Sy sangat rindukan detik manis itu.

Selain itu, kenangan suka duka pon ada. Ketika sedih hilang kekasih hati pon adik2 ini la sentiasa disisi. Mereka ni kekuatan sy. Masa tu, lagu semangat putus cinta tu lagu "Kenapa" nyanyian Shazzy feat Lah VE. Mmg dok layan lagu tu sampai boring. Ada satu lagi lagu fav si Fadh tpi xingat dh tajuk apa. Hehehe... Bila berkumandang lagu tu kat radio mmg kami akan memekak la kat bilik menyanyi duet. Itulah yg membuatkan kenangan itu semakin indah walaupon sedang berduka tapi kawan2 ini lah yg memberikan senyuman semanis kurma. Terima kasih semua... Kakchik sangat berterima kasih pada kamu semua sbb menjadi teman terbaik kakchik selama di Micet. Rasanya nnt nk buat gathering kat Micet la. Kita g meninjau disana sambil ambil gambar kenangan kat tempat2 kita bertemu dan berkenalan sehingga ikatan itu kekal sampai sekarang.

Klu nk story banyak giler kenangan disana. Tapi cukup la intro ni dlu. Klu de masa nnt sy update lagi ye. :D

SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA DI BULAN RAMADHAN YG MULIA....

Thursday, January 17, 2013

Bandung 2012



Assalamualaikum...
Lama rasanya xupdate blog si cupu ini. Apapon ni gambar kenangan masa g bercuti di bandung. Gambar ni candid dr dlm kete aje. Xde la cantik mana cuma sje nk share dlm blogku ini. Nnt lagi 10thn leh tgk & remember balik. Klu simpan dlm external mana tau bila nk cari dh xde. Atleast ade la beberapa keping yang terselamat. Hihihi

Baru sekejap tadi adikku angah ajak ke bandung lagi tahun ni dlm bulan 9. Ermmm tpi hati ni meronta mau ke Gunung Bromo. Sedang fikir & buat pilihan mana satu nk g ni. :D

Okla, itu saje update utk pertama kali di tahun 2013 ini. 

Jumpa lagi!

Wassalam...
 

Copyright © 2009 Si Cupu Diary Designed by Cupu | Contact Me at kechik2816