Hotel serammm
Pada hari selasa bertarikh 4.5.2010 aku, azimah, nazri & abg li bergerak menuju ke Baling tepat kul 5.30 petang...dalam keadaan gembira sekali kami menuju ke tempat dimana esk harinya kami akan mengadakan pameran di Hospital Baling. Mulanya kami gembira kerana sambil bekerja dapatla kami berehat & bercuti santai....tapi keadaan berubah apabila kami sampai disana. Hotel yang kami gambarkan tidak seindah yang kami harapkan. Tempat hotel nie dikelilingi hutan dan jauh diatas bukit. Kami sampai sahaja dihotel itu, kami mendapati tiada org dan hanya ade seorang pekerja lelaki yang menjaga di loby hotel itu. Keadaan masa itu masih tenang kerana kami sampai dalam kul 7.30 mlm.
Dalam keadaan tertanya2 betolkan hotel ini yang akan kami duduki...kami melihat keadaan sekeliling... keselamatan kami pon agak xterjamin di hotel ini sbbnya org luar boleh masuk ke hotel ini melalui pintu2 yang tersedia di hotel itu dengan tiada org yang menjaganya. Tepat kul 8.45 mlm kami keluar dari hotel itu untuk makan malam...keadaan jalan keluar hotel itu gelap gulita....kami dh pon memikirkan yang bukan2 dan banyak sangat pra-sangka buruk kami pada hotel ni. Tapi dh sampai nk wat mcm mane...layankan aje...nak balik penang pon jauh juga. Apabila turun daripada kereta untuk ke kedai makan yang menjadi pilihan kami tetiba seorang kawan kami terpijak bangkai kucing yang telah mati dilanggar kereta...menjadikan cerita2 seram kami dalam kereta kami tadi bertambah2 la rancak...azimah pon boleh tahan menokok tambah cerita untuk menakutkan aku yang sememangnya dah takut.Huhuhu.....
Dalam pukul 10.30 mlm kami pon pulang ke hotel & kami melepak di loby sambil melipat brochure yang nk digunakan esk.Tetiba bunyi dentuman guruh menandakan hujan akan turun...masing2 kami berpandangan. Salah sorang dari kami berkata...mmg btol2 mcm dalam filem citer hantu la kita semua nie....hujan mula turun lebat tapi beberapa minit selepas tue berhenti...kami pon menuju ke bilik untuk berehat2. Selepas 15 minit berada dalam bilik...lampu semua terpadam..keadaan menjadi gelap gelita....wahhh semakin hebat dugaan kami...aku yang ketakutan terus melompat ke katil azimah dan melekat sebelah dia...tanpa pikir panjang aku tekan telefon tok menelefon nazri...nazri pon mengetuk pintu bilik kami dan kami pon meluru keluar...dalam keadaan takut2 mana yang sempat aje kami capai...yang aku tau tepon aku xtinggal la...dengan lampu tepon aku tue la aku menyuluh2 kiri kanan semetara menunggu nazri mengambil kunci biliknya..tetiba aku tersuluh satu benda di tepi pasu...aku terus menjerit diikuti oleh azimah dan kami meluru ke arah nazri yang baru hendak keluar dari bilik tue...kami menolak dia masuk ke dalam bilik...selepas tue baru kami tahu yang abg li cuba menakut2kan kami....sabar aje la...kami pon kunci pintu bilik dan bergerak ke loby...xlama kami duk di loby kami terus ajak abg li keluar kemana2 aje dengan kereta...xnak duduk dh kat hotel tue....
Selepas sejam juga kami meronda, kami balik semula ke hotel sbb 1 Baling gelap gelita....kami pon melepak dalam keta dekat hampir setengah jam...abg li pon berkata jom la kita masuk dalam bilik tido...sbb dia dan nazri dah mengantok...azimah pon sama juga cuma aku yang masih xmau tido...abg jaga hotel tue beri kami dua batang lilin untuk satu bilik...kami pon masuk ke bilik dan aku makin takut...azimah dh mula nk melelapkan mata tapi aku cuba halang....selepas dekat sejam juga barulah letrik ade semula...aku apa lagi...buka semua lampu yang ade...dengan lilin pon aku biarkan mana tau terpadam semula....tv aku kuatkan volume dia...aku pandang ke tv tue sampai la aku tertido....kul 6.30 pagi aku terbangun bila nampak kelibat azimah bersiap untuk ke bilik air...aku pon tgk jam kat hp & berasa lega yang hari sudah pagi....kami pon bersiap2 untuk ke tapak pameran....pengalaman ini mmg xkan aku lupakan....:D
Abg li yang dah bersedia untuk pandu kami ke tempat pameran
Kami bergerak ke tapak pameran kul 8.00 pagi dan bersarapan di pekan Baling. Apabila siang kami melihat Baling nie ok aje tak la seram seperti malam tadi.
Gambar terakhir sebelom bateri habis....hik3
Pameran sempena "Hari Promosi Farmasi" di Hospital Baling berjalan dengan lancar & meriah sekali... walaupon ramai yang masih tidak mengetahui tentang Pusat Racun Negara tapi mereka memberikan kerjasama yang sangat baik. Ade juga la yang takut dengar racun2 nie tapi aku paling suka bila ade yang suka bertanya apa sebenarnya tugas PRN nie....cuma penggunaan touch screen tidak begitu memberangsangkan sbbnya mereka tidak tahu menggunakannya...walaubagaimanapon semua staff PRN yang hadir telah memberikan yang terbaik terutama nazri yang tidak mengenal erti penat dengan membuat demo tentang jenis2 ubat gegat....Ramai pengguna yang tidak mengetahui hal ini dan kami berjaya menyampaikannya. Tentang bahan2 beracun di rumah pon banyak juga yang bertanya...kerana ade satu2nya yang tidak mengetahui bahan2 yang mereka guna seharian itu boleh menjadi racun jika disalahgunakan atau berlebihan....Apapon GOOD JOB kawan2ku....:D
Kami semua selamat pulang ke penang dan sampai di PRN pada pukul 5.45 ptg.
6 comments:
heheheeh
nice sori btw ek?
sayangnya yzd takde aje kat tempat kejadian...huhu
ish3, sayang betul tak g kolam air panas baling, sbb tempat tu best, n mesti dekat aje dgn hotel bali inn ni =)
hehee...nak wat mcm ner si nazri xmau g...huhuhu
Imaginasi ko ni mmg tinggi aa... Dr kolej lagi smpai ke skarang.. Hehe... Paperpon Aku pon rasa rugi xpat joint korg kat sana.. ;)
Apa ko merepek nie tipah oiii
ni bukan imaginasi la ni mmg btol2 apa yang kami lalui...masa kat kolej pon mmg aku penah nampak pon...so kira bertuah la klu ko xnampak...hukhuk... pengalaman mengajar kita bukan hanya hidup dengan imaginasi aje..realiti pon kena amik kira juga...bukannya setan, iblis & jin tue xde...depa pon macam kita juga.. dh mai tempat depa kena la pandai sesuaikan diri...aku ni mmg jenis penakut sbb aku penah nampak dia menyerupai kawan2 aku so xheran klu aku takut sampai jadi mcm nie...len ko berani kan???
Post a Comment