Sabtu 22.07.2006
Ari sabtu ri tue aku gie Genting. Gathering adik aku. Aku join la budak2 unisel nie. Tapi malangnya adik angkat aku si Wahed ni xjoin plak. Kata rindu sangat nak jumpa tapi dia plak xde. But then aku kenal ngan teman2 baru kat situ. Semuanya peramah dan Kelakar orgnya walaupon dah berumur...hehehe...
Bas bertolak dalam kul 8.10 pagi dan sampai kat atas dlm kul 9.20 pagi. Aku gayat juga bila naik bas sampai atas sbb masa aku pergi ngan member2 aku kali pertama dlu kitaorg naik skyway. Ni kira kali kedua la naik. Tapi kali ni lagi best sebab aku dapat main semua mainan yang aku tak sempat main masa gi ngan member2 aku sebab cuaca yang xmengizinkan. Walaupon aku gayat tapi aku still berani nak naik semuanya supaya aku dapat merasa apa feel nya bila kita berada di situasi begitu.
Kali pertama juga aku naik roller coaster yang dua kali pusingnya. Tapi yang peliknya aku xmenjerit pon sebab aku terlalu takut jadi aku pejam mata sekuat-kuatnya supaya aku xnampak apa yang berlaku tapi aku dapat rasa angin yang meniup ke mukaku yang begitu menakutkan. Tapi semuanya berjalan lancar. Dengan adanya teman2 baru yang begitu membahagiakan hidupku dengan senyuman. Hehhe...
Akhirnya tanpa aku sedari jam menunjukkan waktu untuk aku pulang. Aku menaiki bas pada pukul 6.00 ptg. Agak menyeramkan jugalah jalan menurun dari puncak genting ke bawah. Aku gayat giler. Nak tido mata xleh nak pejam. Jantung aku tak tenteram selagi aku tak sampai ke bawah. Tapi bila aku dapat panggilan dari ummi aku rasa lega dan tenang skit. Sebab dalam waktu2 mcm ni aku mmg memerlukan org yang tersayang utk aku atasi masalah takut dan gayat aku. Ermmm..akhirnya aku sampai di KL Sentral dalam kul 7.30 malam.
Ahad 23.07.2006
Ari ni adalah hari lahir adik kesayanganku Muhd Danial yang ke 9 tahun. Aku belikan kek coklat dan ayah belikan dia KFC. Lagi plak ramai yang datang ke rumah aku. Biasalah adik2 sedara aku yang sebaya ngan danial la. Danial nampak gembira sangat dan dapat baju baru dari Maksu & Paksu aku.
Pada sebelah malam plak aku ngan family aku gi tgk pameran hantu kat shah alam. Tapi pameran tue biasa ajer. Xdelah takut sgt. Cuma aku rasa takut masa memula masuk dan tgk pocong yang hidup yang digembar-gemburkan tue. Tapi aku nampak biasa aje. Xtaulah betul ker hidup atau tidak. Hehehe...tp Danial agak takut. Tangan dia kuat pegang tangan aku & aku dapat rasa tangan dia sejuk...ermm...Tp bila tanya dia kata oke jerk. Apa pun aku happy ngan aktiviti hari minggu aku ni.
Okelah. Nanti aku citer pengalaman trip aku ke bukit tinggi plak. Hehe...tunggu...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment