Sunday, August 16, 2009

Cupu Coklat Chip


Cupu Coklat Cip
Bahan2:

250gram Butter
11/2 cawan gula perang ( klu nk garing atau rangup skit tambah gula putih)
2 s/t esen vanilla
2 biji telor gred A
2/3 cawan serbuk koko
21/2 cawan tepung gandum
1 s/t baking soda
1 cawan coklat chip
garam secukup rasa

Cara2 membuatnya:

1. Pukul butter & gula hingga kembang.
2. Masukkan telor sebiji demi sebiji dan pukul semula.
3. Tambahkan esen vanilla dan serbuk koko.
4. Masukkan tepung yang diayak bersama baking soda & garam secukup rasa. Gaul rata...
5. Sudukan dan bakar 160 C selama 25 minit...

Selesai...sejukkan dan simpan klu xnk makan...hehhe

Friday, August 14, 2009

Yes...sampai jua akhirnya


Yes!!!!!! Sukanyer aku..dh dapat sofa baru nie...ermmm apa lagi erk yang xlengkap kat umh aku ni...ooo ya tinggal bilik satu lagi la nk kena bli set bilik tidur untuk family aku & hubby aku klu diorg dtg umh nnt...Alhamdulillah aku bersyukur..skit2 lama2 berjaya juga rumah kami jadi umah org yang dh kawin...klu x aku tgk mcm umh org bujang aje...Gumbira rasa dihati..ilang plak sakit pewott aku tadi....muahahhaaa...Thanks tue all yang menyapot baca blog aku erk...daaa....Wassalam.

Dating together2..hehe


Balik kije penat2 tapi kami dua ni xde len asik nk kuar sma2 g jalan2 tgk2 barang...biasala nk rayakan...jadi dri skang crilah skit2 keperluan...nnt senang...jadi kami jalan2 kat QB...kami jalan2 then makan kat Old Town kopitiam...dh kenyang baru shopping...bli barang2 nk buat kueh raya...tahun ni aku akan cuba buat 3 atau 4 jenis kueh raya...nk bawa balik tok my family & family hubby i...

Banyak juga barang2 tok buat kueh raya dh mula dijual...aku pon rambang mata nengoknyer. Huhuhu...hope aku berjaya buat kueh raya tahun nie...chaiyoo2...

Thursday, August 13, 2009

Kenapa???


Kenapa la manusia begitu kejam sekali....kenapa mesti menghukum kepada insan yang lemah, yang baru hendak mengenal dunia seperti baby ini...lihatlah!!! Manusia dah mcm binatang sanggup lakukan ini semua terhadap generasi baru yang mungkin akan menjadi insan yang berjaya tapi diperlakukan sedemikian rupa.....Aku sendri belom ade anak tapi aku suka sangat kanak-kanak...Aku sedih melihat mereka diperlakukan sebegini...Tidak ade lagi kah perikemanusiaan terhadap mereka...masih kecil tapi hidup mereka dimusnahkan oleh manusia KEJAMMMM!!!! Huhhuhu...sedihnyer....

Photo2...hehe


Me & Atip sje pose manja gituuu...hehe
Atip yang comel...
Me a.k.a Cupu
Kak Jan pon pandai pose skang...hehe
Aku lagi....muahhahaa

Gambar ni sje amik...konon2 nk wat gambar passport la..tapi pose lebih2 kasi nampak lebih cantik dalam gambar...aku suka semua gambar2 nie...Thanks to Apes sbb amikkan gambar aku & tipah dan Thanks to Yani sbb amikkan pic aku yang last sekali nie...hehe....

Wednesday, August 12, 2009

Lawatan Prof. Rahmat ke Booth Greenlung


Prof. Rahmat sedang mengisi buku rekod tetamu di booth GreenLung
Ketuk gendang tanda rasmi bagi pihak PRN plak la...hehe
Gambar kenangan bersama ahli group GreenLung yang bertugas
Aksi spontan kak su & anak didik...ni kira mcm mati la ni...hehe

Hari kedua....aku g ke booth Greenlung ni untuk lawatan Prof. Rahmat ke booth ini bagi memberi moral support kepada student2 ni. Selain daripada itu, melihat aktiviti2 yang dijalankan oleh mereka juga melihat keadaan booth itu. Semuanya nampak baik dan ade yang menyokong dengan membuang rokok tanda hendak berenti merokok...disini disediakan kotak untuk sesiapa perokok yang ingin berhenti jadi tindakan awal ialah membuang rokok mereka ke dalam kotak tersebut...semalam masih tiada rokok tapi hari ni ade respon baik daripada pengunjung...bagus2..Syabas GreenLung...go go chaiyo...Support Smoke-free Environment.....

Perasmian Booth Greenlung Oleh VC USM


VC merasmikan booth GreenLung di tapak konvo, USM. VC sedang melekatkan tanda palang untuk menyokong tidak merokok...
Aku bersama adik2 yang giat berusaha untuk group GreenLung nie...
Julia & rakan2nya di interview oleh PRN staff yang bertugas untuk merakam detik2 perasmian Greenlung ini...
Ini plak lelaki paling macho kat PRN la...masih single lagi ni..boleh la booking klu sapa2 berminat erk..nama dia Mohamed Nazri a.k.a. Mamuuuuuuu...
Ini plak satff PRN yang turut hadir bagi memeriahkan lagi majlis nie...
Sesi bergambar kenangan plak la..tgk la T-shirt KAMI...jika berminat sila la dapatkan di booth kami di tapak pesta konvo ini...
VC bergambar bersama ahli group Greenlung dengan cerianyer melaungkan GreenLung....
Pengarah PRN yang mencuba basikal elektrik yang terdapat di tapak konvo...mmg best la tgk basikal ni ala2 motor dh gitu...laju jerk meluncurnya...hehe

Kepada semua ahli group GreenLung...teruskan usaha membasmi rokok dan mewujudkan kawasan bebas rokok...kalau boleh perluaskan lagi dan banyakkan aktiviti2 menarik minat pelajar2 lain USM untuk turut serta bersama2 kita...peliharalah alam sekitar dan jaga kesihatan dengan hidup bebas tanpa rokok....yeahhhh!!!!

Gambar2 yang lain akan saya cuba usahakan untuk dimasukkan dalam group GreenLung di facebook...Sama2 kita menyokong dan berganding bahu untuk group ini terus maju melangkah kehadapan.

"Hidup GreenLung"

Motto GreenLung : " A step today saves thousands of lives tomorrow"

Sunday, August 9, 2009

Kasih Sayang Keluarga


Aku tengok "Gala tv bersama Yasmin Ahmad". Apa yang cuba dia sampai kan pada semua kita disni sebnarnya realiti kehidupan. Aku setuju bila kak Yasmin kata dia membuat filem khas untuk menggumbirakan ibubapa dan membalas jasa mereka. Kak Yasmin juga mempunyai ibubapa yang mengalami sakit yang kritikal tapi dia berjaya mengubatnya dengan kasih sayang yang ditunjukkan melalui filem2nya seperti Rabun, Sepet, Gubra dan sebagainya...Aku mmg setuju sangat dengan apa yang Kak Yasmin cuba buat untuk ibubapanya. Itu yang membuatkan keluarganya merasa begitu kehilangannya yang sentiasa membuat familinya bahagia.

Seperti kita mempunyai ibubapa yang sedang sakit atau mengalami penyakit yang berat...kita sepatutnya membuat mereka gembira dan sentiasa tersenyum dengan kasih sayang yang kita berikan pada mereka...itulah ubat yang paling mujarab sekali untuk setiap penyakit...kasih sayang dan belai manja mmg akan mengubati penyakit yang dialami....apa yang Allahyarhamah Yasmin Ahmad kepada ibubapanya sangatla betol...sbb aku juga penah mengalami situasi yang sama...ummi yang mengajar aku semua tue..masa ayah aku sakit dulu...ummi aku xpernah nangis depan ayah...bila ayah sedar aje...ummi akan senyum dan cuba buat ayah ketawa...ummi pesan pada kami anak2 dia jangan nangis depan ayah..itu hanya akan buat ayah semakin lemah...Senyuman dan kasih sayang penting walaupon ayah dalam keadaan paling kritikal tapi akhirnya berjaya sembuh dari sakitnya dan sihat sehingga sekarang. Walaupon ayah kena buat dialisis setiap minggu 3kali tapi ayah tetap ceria dan bersemangat... sebab kami semua anak2 dia dan ummi sentiasa memberi dia kekuatan dan kasih sayang yang ubat daripada doktor xboleh bagi untuk ayah....

Aku pernah cuba sampi kan pada kawan2 aku tapi mereka semua xsetuju dan xpaham dengan apa yang aku cuba sampikan...xsemestinya kita hanya menjaga mereka semasa mereka sakit dan sebagai anak xboleh berjauhan dengan famili hanya sebb dan alasan ibubapa sakit kena jaga selalu....bukan jagaan tapi kasih sayang yang perlu..walaupon jauh tapi kasih sayang tetap dapat dirasai...itulah yang membuatkan ibubapa kita semakin kuat untuk meneruskan kehidupan dan sentiasalah berdoa dan meminta keberkatan daripada Allah s.w.t dan juga berkat daripada ibubapa kita...kejayaan xsemestinya kita berjaya menjadi seseorang tetapi kejayaan paling besar ialah kita berjaya membuat ahli keluarga kita bahagia dan bersatu serta berkongsi bersama suka dan duka...susah & senang...semuanya kita bersama.

Walaupon aku dh umur 26thn tapi aku masih manja dengan ummi & ayah aku mcm aku masih umur 3thn....aku masih boleh berkongsi cerita dengan ayah sambil baring disebelahnya...even aku dh berkahwin tpi aku still anak ummi & ayah yang dlu..yang suka buat kecoh dan manja2..kena marah klu aku nakal tu dh mmg xterkira....tapi satu aku xlupa yang diorg tue masih ibu & ayah aku....

Itulah yang dinamakan kasih sayang yang ibu & ayah aku terapkan pada diri aku sejak aku lahir sehingga sekarang....itulah yang membuatkan keluarga kami xlekang dengan gelak tawa bila semuanya berkumpul...termasuk suamiku yang pendiam dan pemalu tapi kini dah menjadi seorang yang periang seperti aku dan paling disayangi oleh adik2 aku dan ibubapa aku...skang ni adik aku klu tepon dia tanya abg long dia dlu...aku hepi sebb mereka semua boleh terima suamiku seadanya...

Begitu juga dengan ibubapa mertuaku...mereka suka bercerita dengan aku klu aku balik sana...dengan mak kami akan kongsi pasal masakan..dengan abah plak...dia suka menonton tv jadi aku la yang layan dia nonton sambil ketawa2...sampai suami aku jeles la...tengok aku ketawa2 ngan abah...bila time nnk balik aku boleh lihat mata mereka bergenang...dan akan tnya pada aku dan suamiku..bila nk balik lagi...suamiku tiada adik beradik len...dia de adik beradik tiri aje....kiranya dengan mak hanya dia sorang aje...tapi skang dia dh de 5 org adik...adik2 aku semua adik2 dia skang...bersyukur aku dikurniakan semua insan yang baik hati dan penyayang sekali...

Semoga famili aku akan terus kekal dan bahagia selalu mcm skang nie...amin.

Saturday, August 8, 2009

Dinner Korporat @t Pen Mutiara


Nie adelah tempat yang disediakan dan mmg sgt2 cantik & selesa...

Menu yang disediakan...Rm35 seorang...gambar aku xamik penuh..segan...hehe

Ini adalah kali ke-3 aku makan kat sni...kesemuanya aku makan free...hehe dua kali dengan Pusat Racun & kali ke-3 ni dengan Korporat plak...yang ni dinner jabatan my hubby plak...tapi yang ni agak formal la sebab ade org dari Jepun.... Aku agak janggal la makan dengan diorg nie...hehe...Tapi kali ni lauk2 dia lagi hebat tau...sampai xlarat nk habiskan...makanan banyak tapi orgnyer xramai yang dtg...ramai pelawat la...

Ini meja sebelah kami jadi aku xkenal la sapa diorang nie...

Dr Ratna & Dr Zainal

Hubby & i...malu2 kucing...hehe

Yang baju purple ni xtau nama...yang sebelah ni Kak Kam

Yang ni plak pelawat dr Jepun...sebelah aku tue Nokota tapi nama inggeris dia Audia & sebelah lagi tue xtau nama juga..tapi diorg ni peramah juga..asik senyum dan men mata aje ngan aku...hehe

Habis sudah gambar2 yang dapat aku amik masa makan mlm td. Apapon aku hepi sbb dapat makan dengan banyak sekali walaupon kepala aku ni berdenyut2 tapi makan tetap makan...hahhaa. Aku pon xtau napa aku asyik sakit kepala aje dua tiga hari ni...sakit yang amat sangat..tapi aku tahan aje. Ni pon dok letak ais atas kepala kasi sejuk...huhuhu

Terima kasih pada Dr. zainal & isterinya kerana menjempot kami join sekali. Ni pon atas jasa my hubby sbb dia yang buat design untuk aktiviti diorg selama disini. Thanks tue hubby juga...ayg kenyang sgt malam nie...Yang penting kita enjoyyy...!!!

Aku nk g taruk ais lagi ni kasi sejuk kepala aku...daaaa...........Wassalam.

Thursday, August 6, 2009

Lawatan SMK Jelutong ke PRN


Lawatan SMK Jelutong ke Pusat Racun Negara
Hepi aje adik2 ni semua bila disuruh posing...hehe
Biasala, photographer pon nk gak bergambar...muahaha
Akak aku dua org ni pon nk juga bergambar kenangan..tapi diorg ri ni cun la...warna baju naik seri gitu...

Hari ni de lawatan dari sekolah menengah kebangsaan Jelutong, penang. Diorang datang melawat la ke PRN ni untuk mengetahui apa aktiviti PRN sebenarnya...Selain itu, PRN juga ada melaksanakan kempen2 anti-Rokok nie...jadi program lawatan nie banyak menerangkan bahayanyer rokok kepada diri kita..program nie dipanggail "HIDUP SIHAT TANPA ROKOK".

Aku diberi tugas untuk mengambil gambar2 mereka ni daripada mula mereka sampai hinggalah habis lawatan ke LAB & PRN sendiri. Semuanya berjalan lancar dan mereka enjoy dengan program ini.

Okla...itu aje nk kongsi dengan kawan2 blog ku...mekasih.

Wassalam........
 

Copyright © 2009 Si Cupu Diary Designed by Cupu | Contact Me at kechik2816